حَنِيفًا

haniifa.wordpress.com

Marthin Takaza Ad Dajjal

Posted by حَنِيفًا on October 26, 2012

Wan Solehah Al-Halbani

ASLMKM,

Firman Allah: al-Imran 64
Katakanlah: Wahai ahli kitab, marilah berpegang kepada satu perjanjian yang saksama di antara kami dengan kamu, bahawa kita jangan memnyembah melainkan Allah dan kita jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, dan jangan pula sesetengan kita menjadikan setengah yang lain sebagai Tuhan selain dari Allah, dan jika mereka berpaling, katakanlah (kepada mereka) – saksikanlah bahawa kami sekelian adalah golongan Muslim

Saiyyid Qutb menjelaskan (Fizilalil Quran):
“Perbandingan di antara golongan Muslim dengan orang-orang yang mempertuhankan sesama manusia selain daripada Allah ini menjelaskan secara tegas dan muktamad siapakah golongan Muslim yang sebenar. Mereka ialah orang-orang yang menyembah Allah yang Maha Esa sahaja dan diperhambakan kepada Allah yang Maha Esa sahaja dan mereka tidak memperhambakan sesama manusia selain daripada Allah. Inilah sifat yang membezakan mereka daripada segala agama dan membezakan cara hidup seluruh manusia yang lain. Andainya sifat ini wujud, merekalah golongan Muslim yang sebenar, dan jika sebaliknya sifat ini tidak wujud, mereka bukanlah golongan Muslim yang sebenar walaupun mereka mendakwa diri mereka sebagai golongan Muslim.
Islam adalah pembebasan diri yang mutlak daripada perhambaan kepada sesama manusia dan hanya sistem hidup Islam sahaja di antara seluruh sistem hidup yang lain yang dapat menghakikatkan pembebasan ini.

Manusia di dalam seluruh sistem hidup ciptaan bumi adalah mempertuhankan sesama manusia selain daripada Allah. Ini berlaku dalam negara-negara yang paling terkehadapan dari segi amalan sistem demokrasinya sebaimana juga yang berlaku di dalam negara-negara yang mengamalkan sistem diktatur. Ciri pertama daripada ciri Rububiyah ialah hak untuk memperhambakan manusia, iaitu hak mengadakan sistem-sistem, undang-undang, peraturan-peraturan, nilai-nilai dan neraca-neraca untuk mereka. Semua hak ini di dalam seluruh sistem ciptaan bumi adalah didakwa dimiliki oleh sesetengah manusia – dalam apa sahaja bentuknya – dan urusan ini dirujukkan kepada sekumpulan orang – dalam apa sahaja kedudukan mereka, dan kumpulan inilah yang menundukkan orang lain kepada undang-undang dan peraturan yang digubal oleh mereka, kepada nilai-nilai, neraca-neraca dan kefahaman yang telah ditetapkan oleh mereka, dan kumpulan inilah yang merupakan Tuhan-tuhan bumi yang diambil oleh sesetengah manusia selaku Tuhan-tuhan yang lain daripada Allah dan membenarkan mereka mendakwa memiliki ciri uluhiyah dan rububiyah. Ini bererti mereka menyembah kumpulan ini selain daripada Allah s.w.t walaupun mereka tidak sujud dan rukuk kepada mereka, kerana ubudiyah ialah ibadat yang hanya ditujukan kepada Allah s.w.t semata-mata.”

Demikianlah huraian Saiyyid Qutb mengenai siapakah seorang Muslim yang sebenar dalam ayat Imran 64 ini dan di antara ciri-ciri yang dikenalpastikan sebagai seorang Muslim ialah :

1. Tidak menyembah yang selain dpd Allah;
2. Tidak mempertuhankan manusia;
3. Tidak mempersekutukan Allah;
4. Tidak menjadi para hamba kpd manusia.

Bagai manakah kedudukan umt Islam di Malaysia kita ini – apakah kita ini kesemuanya adalah orang-orang Muslim yang sebenar mengikut segala kriteria yang dibicarakan dalam ayat Imran 64 ini?

1. Apakah kita sembah Allah saja dan tidak sembah yang selain dpd-Nya?
Kita sembah Allah dalam solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin saja manakala dalam politik, ekonomi, social, akhlak dan hubungan antarabangsa kita sembah manusia dan tidak sembah Allah kerana kita taat dan patuh kpd undang-undang manusia yg selain dpd Allah yg dibuat dan diluluskan oleh Parlimen dan Dun.

2. Apakah kita tidak mempertuhankan manusia?
Kita telah menjadikan para pemimpin kita sebagai Tuhan-tuhan kita kerana kita taat dan patuh kpd undang-undang Parlimen dan Dun yang bererti mereka ini adalah disembah oleh kita dan tidak sembah Allah.

3. Apakah kita tidak mempersekutukan Allah?
Kita sekutukan Allah kerana kita buat undang-undang manusia, iaitu kita serahkan kuasa utk membuat undang-undang kpd para pemimpin kita dan itu juga bererti bahawa kita telah melantik mereka itu sebagai Tuhan-tuhan kita.

4. Apakah kita tidak menjadi para hamba kpd manusia?
Kita menjadi para hamba kpd manusia kerana kita serahkan kuasa utk membuat undang-undang kpd manusia dan kerana kita berada di bawah kuat kuasa undang-undang manusia.

Kita bukanlah orang-orang Muslim yang sebenar kerana kehidupan kita dan amalan kita tidak menepati segala kriteria sebagai seorang Muslim mengikut ayat Imran 64 ini. Apakah kita tidak jadi kafir? Mengapakah persoalan yang amat penting ini tidak dibahaskan utk pengetahuan umum oleh para mufti dan para ulama dan intelek Islam kita?

Leave a comment